Korea Utara Cipta Peluru Berpandu Guna Kripto Yang Dicuri?

691

Bayangkan diaorang curi Ethereum untuk cipta Plutonium nuklear. Nak kena mogok beli kripto ke ni?

Laporan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penjenayah siber Korea Utara telah mencuri mata wang kripto bernilai jutaan dolar untuk membiayai program peluru berpandunya.

Dikatakan diantara tahun 2020 dan pertengahan 2021, penjenayah siber telah mencuri lebih $50 milion aset digital tersebut dan serangan sedemikian adalah ‘sumber pendapatan penting’ untuk menyumbang kepada program nuklear serta peluru berpandu balistik Pyongyang.

Penemuan tersebut telah dilaporkan kepada jawatankuasa sekatan PBB pada Jumaat dan ia turut menyatakan jenayah siber tersebut menyasarkan sekurang-kurangnya 3 bursa mata wang kripto di Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Laporan tersebut turut merujuk kajian yang diterbitkan bulan lepas oleh firma keselamatan Chainalysis yang mencadangkan serangan siber Korea Utara telah menyebabkan aset digital bernilai $400 juta lesap tahun lepas.

Selain itu, pada 2019, PBB telah melaporkan bahawa Korea Utara telah mengumpul sebanyak $2 bilion bagi program senjata pemusnah besar-besarannya.

Umum pengetahuan, Korea Utara telah diharamkan oleh Majlis Keselamatan PBB daripada menjalankan ujian nuklear dan melancarkan peluru berpandu balistik.

Walau bagaimanapun, laporan PBB ada mengatakan Korea Utara tetap terus berdegil dan membangunkan infrastruktur nuklear dan peluru berpandu balistiknya, selain masih terus mencari bahan, teknologi dan pengetahuan di luar negara termasuk kaedah siber serta penyelidikan saintifik.

Dalam pada itu, pemantau sekatan berkata terdapat ‘pecutan ketara’ ujian peluru berpandu oleh Pyongyang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat