Korea Utara Jual Mahal, Hubungan Dengan AS Makin Tegang

302

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memaklumkan beliau cuba menghubungi Korea Utara sejak bulan lalu namun masih belum menerima sebarang respon.

Menurut para pegawai AS, Washington telah cuba menghubungi Pyongyang menerusi beberapa cara yang berbeza bagi mengelakkan sebarang ketegangan memuncak.

AS dan Korea Utara masih menemui jalan buntu berhubung program peluru berpandu dan nuklear Pyongyang.

Tiga pertemuan antara bekas Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebelum ini tidak menemui sebarang jalan penyelesaian.

Kesemua perbincangan itu gagal memujuk Korea Utara untuk menghentikan program senjata nuklearnya, sesuatu yang dituntut oleh AS dan beberapa negara Barat lain.

Media tempatan Korea Utara masih belum mengiktiraf Biden sebagai Presiden AS.

Usaha AS untuk berhubung dengan Korea Utara termasuklah menerusi misi Korea Utara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Biden telah mengumumkan penilaian dasar terhadap Korea Utara, yang akan diumumkan pada bulan hadapan.

Beliau menyifatkan Jong-un sebagai ‘penyangak’ dan menekankan keperluan program senjata nuklear Pyongyang dihentikan sebelum sekatan ekonomi terhadap Korea Utara dilonggarkan.

Jong-un masih terus menunjukkan kemampuan senjatanya dan mendakwa pembangunan peluru berpandu jarak jauh yang lebih dekat, peledak nuklear ‘super besar’, satelit pengintip dan kapal selam berkuasa nuklear.

Pada masa yang sama, beliau mendesak AS agar menghentikan polisi permusuhannya.

Hubungan antara AS dan Korea Utara kian tegang pada 2017 apabila Pyongyang menguji peluru berpandu jarak jauh yang mampu menyerang bandar-bandar AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat