Koyak! CEO Shell Mahu Kerajaan Eropah Kenakan Cukai Syarikat!

169

‘Makin banyak campur tangan kerajaan dalam pasaran, makin berat isu ini terjadi.’

Cukai terhadap syarikat tenaga adalah tindakan sewajarnya yang perlu diambil kerajaan Eropah dan bukannya mengehadkan harga gas.

Asas tersebut dibentangkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shell, Ben Van Beurden di persidangan Energy Intelligence Forum di London pada Selasa.

Perkara tersebut adalah salah satu daripada penyelesaian yang dicapai Van Beurden dalam menyelesaikan isu lonjakan kos tenaga sehingga memberi tekanan kepada rakyat.

Umumnya peningkatan dalam harga tenaga dan ketidaktentuan pasaran telah memberi kesan mendalam kepada ketidakstabilan sosial masyarakat.

Rentetan itu, kerajaan Eropah mencapai solusi untuk memberi perlindungan kewangan kepada pengguna semasa berlakunya lonjakan harga ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Berbalik kepada Van Beurden, beliau tidak mengetepikan fungsi campur tangan kerajaan dalam melindungi golongan kurang berkemampuan dan mengenakan cukai kepada korporat adalah pilihan terbaik.

Bagi menjelaskan kenyataan tersebut, Van Beurden mengatakan mereka perlu menerimanya dan keputusan terbaik perlu dicapai bagi mengurangkan beban kepada kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, beliau juga sempat menyuarakan pandangan bahawa kerajaan Eropah tidak seharusnya campur tangan dalam pasaran mata wang dalam usaha mereka mengehadkan harga gas.

Selain itu, beliau turut mengatakan rancangan mengehadkan harga minyak Rusia seperti yang dimahukan pihak Barat mampu menyelesaikan isu tenaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat