Kripto Adalah Ancaman Yang Bakal Buatkan Amerika Terluka!

221

Pengerusi Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC), Rostin Behnam berpandangan keselamatan negara Amerika Syarikat (AS) bakal terancam jika mata wang kripto berleluasa yang mengakibatkan beberapa peraturan perlu dilaksanakan.

Senator pula menolak pendapat Behnam dengan menyatakan bahawa peraturan pasaran kripto kini terlalu lemah sehingga FTX, antara syarikat exchanger kripto terbesar di dunia telah mengalami kemusnahan sekelip mata.

Bukan itu sahaja, kepimpinan FTX yang kurang berintegriti turut menjadi penyebab syarikat tersebut memfailkan bankrap susulan melesapkan sejumlah aset pelanggannya yang bernilai berbilion dolar.

Diperjelaskan juga bahawa aset digital akan sentiasa wujud sungguhpun kerajaan AS pernah mengharamkan penduduknya daripada menggunakan perkhidmatan FTX berpangkalan di Bahamas, ulas perbualan di antara Behnam dan ahli jawatankuasa Pertanian Senat.

Tambahnya lagi, perkara berikut tidak seharusnya terjadi ekoran kebanyakan individu akan sedaya upaya mencari alternatif lain bagi memasuki pasaran kripto tersebut walaupun AS melarang mereka ataupun terdapat rintangan lain.

Rentetan itu, Behnam mengarahkan penggubal undang-undang untuk menggubal peraturan serta memantau perdagangan kripto agar pasarannya sentiasa selamat digunakan tanpa penipuan.

Hal ini berikutan kerana FTX didakwa menggunakan wang pelanggannya secara sembunyi untuk melakukan pertaruhan melalui Alameda Research, iaitu syarikat perdagangan yang ditubuhkan oleh bekas Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried.

Disebabkan kesulitan berikut, pihak bertanggungjawab harus laksanakan pendaftaran exchanger, pengawasan aktiviti pasaran serta hubungan langsung bersama peniaga yang memegang wang pelanggannya agar penipuan seperti FTX tidak berlaku lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat