Kripto ALICE Bakal Melonjak Lagi Dengan Pelancaran ‘My Neighbor Alice’

698

‘My Neighbor Alice’ mengembangkan reputasi play-to-earn dengan model permainan yang santai sering menjadi perhatian para pelabur.

Sesi dagangan minggu ini, Alice telah menghasilkan 52% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $22.94.

Beberapa hari yang lalu, Alice telah disenaraikan di exchanger ‘FTX’ dan telah mempengaruhi pergerakan harga melonjak 44% mencapai paras tertinggi terbaru.

Pada 31 Ogos, Alice bakal melancarkan percubaan permainan terbuka versi pre-alpha dimana pemain akan dapat mencuba bab pengenalan permainan My Neighbor Alice.

Menarik untuk dilihat pada carta ALICE/USDT.

Alice nampaknya telah menghasilkan 108% lonjakan pada sesi dagangan bulan Ogos.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga Alice dilihat sedang berusaha untuk memperoleh kembali momentum kenaikan dan sedang berlegar-legar di paras resistance $19.

Sekiranya Alice berjaya menyaksikan momentum kenaikan, paras resistance $19 tersebut perlu diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga kekal dengan corak penurunan, paras RBS (resistance become support) $16 bakal diuji kembali sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Semasa penulisan, Alice didagangkan pada harga sekitar $18 susut lebih 16% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ALICE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat