Arweave, berperanan sebagai rangkaian penyimpanan desentralisasi yang bertujuan untuk menawarkan platform penyimpanan data tanpa had.
Dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun 2018 oleh Sam Williams dan William Jones.
Objektif utama Arweave adalah memastikan kemampuan kolektif untuk menyimpan dan berkongsi maklumat antara individu kepada generasi baru.
Pada bulan Mac 2020, Arweave mengumumkan bahawa ia telah menerima dana $8.3 juta dari Andreessen Horowitz, Union Square Ventures dan Coinbase Ventures.
Mendapat perhatian yang kuat daripada pelabur setelah Arweave tersenarai dalam Binance pada 14 Mei 2021.
Susulan daripada itu, Arweave memulakan lonjakan secara konsisten pada 21 Julai 2021, menghasilkan 960% lonjakan dengan mencatat paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru $74.40 pada 10 September yang lalu.
Sementara itu, teliti carta pergerakan semasa harga AR/USDT.
Setelah mencatat ATH terbaru, AR tidak dapat mengekalkan pergerakan harga secara konsisten sehingga menyusut kembali sebanyak hampir 55% yang seiring dengan kejatuhan Bitcoin.
Namun, sejak sesi dagangan semalam sehingga hari ini, AR mempamerkan 56% lonjakan mencapai paras tertinggi $53.00.
Jangkaan seterusnya, zon SBR (support become resistance) $52 bakal menjadi tumpuan untuk diuji sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi jika AR kekal dengan pergerakan positif.
Manakala, zon RBS (resistance become support) $44 adalah sasaran seterusnya untuk diuji semula sebelum membuat penurunan ke paras yang lebih rendah jika AR menunjukkan corak penurunan.
Zon tersebut merupakan zon risiko sebelum AR susut ke paras sokongan.
Semasa penulisan, AR didagangkan sekitar harga $50 melonjak lebih 27% dalam tempoh 24 jam. Koin kini berada pada carta ke-66 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto AR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.