Kripto Berdarah Semula! Ini 4 Sebab Terjunan Yang Berlaku

307

“Hmmm pelabur baru nak happy tapi kripto jatuh balik pula.”

Usaha penguatkuasaan mata wang kripto antarabangsa yang dilaksanakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menyebabkan pergerakan harga Bitcoin (BTC) termasuk aset digital lain mengalami momentum pembetulan (correction) harga.

Jika diperhatikan, modal pasaran BTC gelincir sebanyak $1,000 dan Ethereum (ETH) junam hingga ke paras $1,523 sementara Dogecoin (DOGE), Ripple (XRP), serta Cardano (ADA) turut saksikan junaman yang ketara.

Nilai keseluruhan aset digital dilaporkan susut selepas kerajaan AS mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat exchanger kripto Rusia yang dikenali sebagai Bitzlato.

Umumnya, kebanyakan para pelabur memang menjangka AS dan pengawal selia global bakal membuat pengawalseliaan ketat terhadap exchanger centralized dan syarikat yang tawarkan perkhidmatan kripto susulan ingin mencegah sebarang penipuan.

Sementara ramalan negatif oleh bank semasa World Economic Forum (WEF) di Davos dan tindakan syarikat besar yang sering kali memberhentikan pekerjanya turut menjadi punca harga kripto semakin susut.

Buktinya, syarikat pembangunan ETH, ConsenSys berhasrat kurangkan 11% kakitangannya di seluruh dunia manakala Coinbase, Amazon dan Microsoft sebelum ini juga telah memberhentikan ramai perkerja mereka.

Sebagai rekod, jumlah nilai kripto di pasaran setakat ini adalah sebanyak $975.95 bilion dengan penurunan hampir 3% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Setakat penulisan ini, harga BTC susut sedikit berlegar pada paras $20,711 berbanding sepanjang minggu lepas raih sekitar 21.07%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat