Kripto CBDC Thailand Bakal Digunakan Tidak Lama Lagi?

819

Bank of Thailand telah menetapkan agenda untuk matawang digital bank pusat dengan protokol ujian awal yang dijadualkan bermula pada suku kedua 2022.

Bank pusat Thailand memaklumkan hal ini dalam siaran akhbar yang dikeluarkan pada hari Jumaat dan meminta maklum balas mengenai peta rancangan CBDC Thailand.

Bagi melancarkan rancangan penerbitan kripto CBDC, bank pusat Thailand telah menerbitkan laporan awal mereka yang memperincikan penerbitan CBDC dan fungsinya. Walaubagaimanapun, Bank of Thailand (BoT) berpendapat bahawa kejayaan stablecoin dapat menimbulkan risiko terhadap sistem kewangan sekarang.

Buat masa ini, BoT melarang mana-mana entiti lain menerbitkan stablecoin yang disandarkan matawang bhat. Menurut laporan Bank of Thailand, bank pusat akan memulai usaha pengembangan CBDC dengan pihak berkepentingan dan melakukan analisis kos lepas dan peluang yang ada bagi mengelakkan matawang kripto CBDC itu dari mengugat sistem kewangan sekarang.

Justeru, bank pusat sedang bercadang untuk menghadkan pengeluaran bagi mengelak terjadinya ‘bank run’ semasa waktu gawat.

Vachira Arromdee, penolong gabenor kumpulan operasi pasaran kewangan di BoT, mengatakan bahawa bank pusat melihat CBDC sebagai alat untuk memberikan akses yang lebih besar ke perkhidmatan kewangan di negara ini. Tambah beliau, projek CBDC ini dapat dilaksanakan dalam tiga hingga lima tahun kehadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat