Kripto FTT Meroket 105%! Syarikat FTX Dah Pulih Ke?

191

“Bukan je FTT, tapi ada kripto lain yang menjadi mangsa FTX juga naik tau.”

Selepas melalui proses kebankrapan, peguam FTX dari Sullivan & Cromwell ketika perbicaraan mahkamah pada hari Rabu berkata bahawa pihak pengurusan berhasrat membuka semula syarikat exchanger mata wang kripto itu pada suku kedua 2023.

Susulan itu, harga FTT yang diasas oleh FTX berjaya melonjak sebanyak 105% menembusi paras $2.80 dalam tempoh 24 jam lalu.

Walaupun peguam FTX masih belum membentangkan pelan pemulihan secara rasmi yang memerlukan mereka serahkannya kepada mahkamah untuk diluluskan, khabar tersebut tetap mendorong harga FTT mendaki tinggi.

Rentetan itu, para pelabur tertanya-tanya pada diri sendiri sama ada kripto seperti Solana (SOL), Cronos (CRO), Nexo dan Near akan turut mencanak selepas aset digital tersebut mengalami kerugian besar ekoran punyai kaitan dengan FTX.

Sebagai tindak balas daripada persoalan berikut, harga SOL didapati meningkat sebanyak 5.60% mencecah paras $23.79 dalam tempoh 24 jam lalu dan Near pula mencatatkan keuntungan 10.63% pada $2.19 manakala Cronos serta Nexo raih 1%.

Suka dimaklumkan bahawa pelan penyusunan semula FTX yang akan dibentangkan pada bulan Julai mungkin dapat melonjakkan lagi harga FTT sehingga ia mencapai semula paras tertingginya.

Pun begitu, sesetengah pelabur kripto masih tidak mempercayai potensi FTX dan baru-baru ini Sam Bankman-Fried (SBF) bergurau dengan rakan sekutunya tentang mensia-siakan dan kehilangan jejak dana kripto sehingga mencecah $50 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat