Kripto Jadi Sasaran, ECB Dah Mula Intai ‘Stablecoin’ Dan Aset Kripto!

1,690

Majlis Pimpinan Bank Pusat Eropah (ECB) baru-baru ini telah membuat pengumumamn terkini mengenai aset kripto setelah sekian lama tidak memberi ulasan ketara. ECB dalam kemaskini terkini telah meluluskan rangka kerja pembayaran elektronik baru yang akan melibatkan aset kripto, kripto ‘stablecoin’ dan token pembayaran digital.

Dalam salah satu siaran akhbar oleh ECB pada hari awal hari ini (waktu Malaysia) menyatakan bahawa rangka kerja yang dikeluarkan oleh ECB adalah bermotifkan instrumen pembayaran elektronik yang lebih baik yang termaktub di bawah beberapa skim dan pengaturan. Dalam masa yang sama ia juga bertujuan untuk membolehkan pemindahan e-wang, kad pembayaran , token pembayaran digital dan aspek lain dari sektor pembayaran elektronik.

Sementara itu, Rangka Kerja PISA yang baru diluluskan selepas perundingan awam, juga mempunyai pembayaran aset kripto di bawah pengatauran. Dalam petikan menyatakan bahawa;

“Rangka kerja PISA juga akan meliputi perkhidmatan yang berkaitan dengan aset, seperti penerimaan aset kripto oleh peniaga dalam skim pembayaran kad dan pilihan untuk menghantar, menerima atau membayar dengan aset kripto melalui dompet elektronik.”

Menurut Fabio Panetta, ahli lembaga eksekutif ECB, perubahan itu diperlukan, memandangkan pertumbuhan eksponen ekosistem pembayaran runcit. Pentadbiran ECB menambah,:

“Rangka kerja PISA akan merangkumi token pembayaran digital seperti stablecoin, di samping instrumen dan skim pembayaran tradisional. Tindakan yang diselaraskan di peringkat antarabangsa juga perlu ditingkatkan untuk menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh penyelesaian pembayaran digital global dan stablecoin. ”

Syarikat-syarikat yang telah berada di bawah pengawasan Eurosystem, sehingga 15 November, 2022 dikhendaki mematuhi rangka kerja PISA yang baru. Sementara itu, syarikat yang lain yang baru mendapat notis mempunyai tempoh 1 tahun untuk membuat persediaan.

Hal ini membawa indikasi bahawa ECB mula memandang serius dalam memantau stablecoin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat