“Kripto Meme Sangat Penting Untuk Pasaran” – Pengasas FTX

957

Solana (SOL) masih tidak lekang menjadi perbualan dalam kalangan komuniti kripto.

Dalam temubual baru-baru ini, pengasas bersama FTX, Sam Bankman-Fried mendakwa tidak mustahil Solana (SOL) akan memintas prestasi Ethereum (ETH).

Pada masa yang sama, boleh jadi Solana gagal untuk membuat demikian: “Ia mungkin akan terjadi. Boleh jadi tidak akan berlaku sama sekali.”

Alasan figura ini ialah token natif Ethereum tetap akan menjadi permintaan ramai walaupun rangkaian itu sudah tidak lagi relevan suatu hari nanti.

Misalnya kehadiran Ethereum 2.0 mengundang kebimbangan kerana walaupun ia mampu meningkatkan kapasiti pemprosesan melalui bantuan sharding, tetapi operasi selaras akan menimbulkan masalah.

Manakala Solana akan terganggu dengan kehadiran blockchain lain yang lebih maju dan berteknologi tinggi.

Menariknya, Bankman-Fried menyarankan pelabur untuk mengikut kitaran meme: “Meme sangat penting! Mereka mendorong pergerakan pasaran kripto.”

Tetapi ada juga amaran daripadanya, meminta pelabur untuk berhati-hati dengan aset meme kerana risikonya yang tinggi.

Misalnya koin Squid Games yang telah meragut ribuan modal sehingga menyebabkan ramai pelabur kripto berputih mata.

Disebabkan itu, Bankman-Fried menggesa pelabur untuk tidak melabur lebih daripada yang mereka sanggup rugi: “Tak kisahlah anda melabur di dalam apa pun, ia tetap akan susut sehingga 90%.”

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat