Kripto SUSHI Melonjak 35%, Laju Menyaingi Bitcoin, Ether

380

Token SUSHI nampaknya beraksi luar biasa, melonjak ke paras yang lebih tinggi pada hari ini.

Tempoh 24 jam membawa syiling yang dibangunkan oleh SushiSwap meningkat 35% kepada harga $2.10 ketika penulisan.

Secara tidak langsung, SUSHI berjaya menyaingi prestasi Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) ketika kedua-dua aset utama susut dalam 24 jam selepas pembetulan akibat daripada pasaran niaga hadapan yang berlebihan.

Semalam pasaran niaga hadapan bagi BTC dan ETH, termasuk matawang kripto utama lain jelas berada di paras overleveraged.

Lonjakan SUSHI dalam 24 jam juga dilihat didorong oleh pengumuman SushiSwap untuk bergabung dengan Yearn.finance (YFI) untuk mewujudkan sinergi utama.

Khabar itu disampaikan oleh pengasas YFI, Andre Cronje pada 30 November lalu, menjelaskan keputusan itu bertujuan untuk mengembangkan lagi ekosistem AMM dan Yearn pula menfokuskan kepada perluasan strategi mereka.

Lonjakan ini juga menjelaskan rancangan SushiSwap untuk melancarkan beberapa produk baru yang akan membezakannya dari pembangun pasaran automatik di platform Ethereum DeFi.

Kini jumlah nilai terkunci di DeFi mencecah $14 bilion, mencatat rekod all-time high (ATH)terbaru setelah susut mendadak pada September dan November turut mendorong lonjakan harga SUSHI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat