Krisis Baru Mencekik UK, Tenaga Kerja Menghilang!

240

Britain berdepan masalah kekurangan tenaga kerja apabila ratusan ribu rakyat dilaporkan telah keluar dari pasaran pekerjaan sejak 2019 disebabkan penyakit jangka panjang atau masalah kesihatan mental.

Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) mendedahkan peningkatan penyakit jangka panjang bermula pada 2019, sebelum Covid-19 melanda.

Ia kemudiannya melonjak sebanyak 363,000 antara awal 2020 dan pada tiga bulan hingga akhir Ogos 2022 angka tersebut mencecah 2.5 juta.

Analisis itu menambah kebimbangan Bank of England (BOE) yang sedang berusaha untuk menurunkan inflasi yang kini berada pada paras tertinggi 40 tahun.

BOE khuatir bahawa bilangan orang yang meninggalkan pasaran buruh UK akan merencatkan usahanya dan menambah tekanan inflasi.

Menurut data ONS, 28% orang yang tidak bekerja atau mencari kerja antara Jun dan Ogos 2022 memberi alasan bahawa mereka mengalami penyakit jangka panjajng.

Sementara itu, tenaga kerja yang mengalami penyakit mental dan gangguan saraf pula dilaporkan meningkat sebanyak 22%.

Dalam pada itu, data berasingan menunjukkan UK ketinggalan di belakang hampir semua negara kaya dalam pemulihan pasaran buruh dan bakal menjadi satu-satunya negara maju utama dengan pekerjaan di bawah paras pra-pandemik pada awal 2023.

Gabungan faktor termasuk peningkatan orang yang mengambil persaraan awal, penyakit jangka panjang dan penghijrahan yang lebih rendah mengurangkan tenaga kerja Britain, menurut Institut Kajian Pekerjaan (IES).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat