Krisis COVID-19 Tidak Menghalang China Untuk Laksana Perjanjian Perdagangan Fasa 1

464

China dilaporkan masih memenuhi komitmennya dalam melaksanakan perjanjian perdagangan fasa pertama yang ditandatangani bersama Amerika Syarikat pada awal tahun ini, walaupun berdepan dengan situasi yang kritikal akibat pandemik coronavirus.

Perkara itu dimaklumkan oleh duta China ke Amerika Syarikat, di samping turut berharap supaya kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk menilai keadaan yang berubah berikutan penularan COVID-19 telah membawa cabaran kepada ekonomi global.

Duta besar China, Cui Tinkai memberitahu bahawa China masih membeli barang pertanian dari Amerika Syarikat dan telah mengangkat beberapa sekatan yang dikenakan oleh syarikat asing untuk memasuki pasaran kewangannya.

Duta itu bersetuju dengan pendapat bahawa landskap ekonomi global telah berubah secara drastik oleh disebabkan krisis coronavirus.

Justeru, beliau berharap supaya Amerika Syarikat dan China dapat duduk bersama untuk mengadakan perbincangan mengenai penilaian terhadap perubahan ini dan bersatu menyelaraskan tindak balas dalam menangani perkara tersebut.

China yang merupakan negara pertama berdepan dengan krisis pandemik ini, telah mencetuskan persoalan pasaran mengenai sama ada mereka boleh mencapai matlamat yang ditetapkan dalam perjanjian fasa pertama yang ditandatangi pada Januari lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat