Krisis Deutsche Bank Pula Hantui Pelabur, USD Apa Cerita?

837

Pasaran pada awal minggu memperlihatkan dolar Amerika diperdagangkan sedikit berubah susulan lantunan yang dicatatkan akhir dagangan minggu lalu.

Hal ini ekoran daripada krisis terbaru dalam perbankan di Eropah, Deutsche Bank yang merupakan bank terbesar di Jerman telah mengalami penyusutan mendadak dalam sahamnya pada sesi Eropah (Jumaat).

Ia berlaku disebabkan lonjakan drastik dalam kos insurans terhadap risiko default bank yang bermasalah atau credit default swap (CDS) Deutsche Bank ke paras tertinggi lebih 4 tahun.

CDS adalah satu instrumen derivatif atau kontrak yang membenarkan pelabur memindahkan risiko mereka ke pelabur lain.

Ekoran itu, mata wang safe-haven seperti US dolar dan yen telah mendapat permintaan di kalangan pelabur.

Meskipun begitu, keuntungan yang dicatatkan US dolar kembali terbatas menjelang akhir sesi New York apabila saham Deutsche Bank kembali melantun berikutan jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah akan memberikan sokongan jika perlu.

Antara mata wang yang paling terkesan daripada krisis tersebut adalah euro yang menyusut ketara dari puncak tertinggi 7 minggu berbanding greenback.

Terdahulu pada hari Jumaat, data PMI telah dikeluarkan yang menyaksikan sektor pembuatan Zon Eropah dan UK menguncup pada bulan Mac, manakala perkhidmatan pula mengembang.

Sementara di Amerika Syarikat pula, data PMI tanpa dijangka menunjukkan bacaan lebih kukuh, melihatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan dicatatkan lebih tinggi daripada jangkaan.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand turut merosot susulan kebangkitan US dolar, manakala dolar loonie juga kecundang walaupun data jualan runcit Kanada menunjukkan peningkatan pada bulan Januari.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat