Krisis FTX Akan Buat Bitcoin Jadi Juara – Michael Saylor

398

Berikutan krisis FTX yang melanda, Michael Saylor, Pengerusi Eksekutif MicroStrategy dan penyokong tegar ibu segala mata wang kripto, Bitcoin (BTC) sungguh yakin aset digital tersebut mampu memberi pelbagai impak positif kepada pasaran.

Hal ini berikutan kerana kejadian tersebut dikatakan dapat menghapuskan beribu aset digital yang tidak bermanfaat dan hanya kripto yang berpotensi dan bermanfaat sahaja yang akan terus kekal.

Menurut Saylor, pelaksanaan peraturan yang lebih teliti dalam pasaran kripto dapat dipercepatkan lagi jika kejadian FTX itu masih berterusan.

Difahamkan bahawa keruntuhan FTX adalah disebabkan kekurangan ketelusan syarikat tersebut dan turut dipenuhi sejumlah beban hutan yang belum diselesaikan.

Melalui ramalan beliau, BTC bakal meningkatkan pembangunan serta harganya sejurus selepas syarikat terkemuka dan pemain besar berpusu-pusu memasuki ekosistem BTC dalam tempoh terdekat ini.

Sungguhpun pasaran bearish masih berterusan sehingga kini, persepsi Saylor terhadap BTC masih tidak berubah dalam menjangkakan harga aset digital tersebut dapat membuat pendakian drastik dalam beberapa tahun akan datang.

Tambahnya lagi, beliau menyatakan bahawa BTC merupakan alat kewangan lebih berpotensi daripada emas dan meramalkan ia mampu menembusi zon harga $1,000,0000.

Dalam pada itu, Saylor dengan beraninya menyebut pada bulan September bahawa BTC akan melepasi paras $500,000 jika ia sepadan dengan modal pasaran logam kuning.

Penyokong tegar BTC juga berpendapat aset digital tersebut akan memecah paras tertinggi baharu dalam tempoh empat tahun akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat