Krisis Geopolitik Selesai? Pasaran Saham Sedang Memulih

197

Berita pengunduran tentera Rusia dari wilayah Ukraine dan keinginan presiden Vladimir Putin untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Barat membuatkan pasaran saham melantun sementara harga minyak jatuh.

Ia juga turut menyebabkan emas dan bon safe-haven menjunam rendah.

Pasaran Saham Kembali ‘Hijau’

Indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 1.43% sementara tolok ekuiti global MSCI Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi pada 1.34%.

Pasaran Wall Street menyaksikan indeks purata Dow Jones Industrial naik 1.22%, S&P tambah 1.58% dan Nasdaq Composite maju 2.53%.

Walaupun krisis geopolitik semakin reda, laporan Jabatan Buruh menyaksikan peningkatan harga pengeluar AS dalam tempoh 8 bulan pada Januari seterusnya menandakan kadar inflasi yang tinggi.

Pengarah pengurusan kanan SLC Management, Peter Cramer berpendapat Federal Reserve (Fed) menyedari akan kenaikan harga rumah dan kadar gadai janji rakyat AS akan memperlahankan inflasi.

Sementara itu, pasaran bon memperlihatkan hasil nota perbendaharaan 2 tahun dan 10 tahun mulai menurun pada 47.1 mata asas.

Hasil bon perbendaharaan AS dan hasil bon zon Eropah naik selepas ketegangan krisis geopolitik mereda.

Nota penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun naik 5.6 mata asas pada 2.052%.

Komoditi Utama Mulai ‘Merah’

Harga minyak mulai mengundur dari catatan tertinggi 7 tahun dengan niaga hadapan minyak mentah AS jatuh $3.39 pada $92.07 setong dan niaga hadapan Brent turun $3.20 pada $93.28 setong.

Logam, emas dan paladium susut lebih 5%, dengan niaga hadapan emas turun 0.7% pada $1,856.20 per auns.

Sentimen risk-on pasaran membuatkan Bitcoin naik 4.33% pada $44,066.83.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat