Krisis Rusia-Ukraine Dan Inflasi Terus Beri Tekanan Kepada Saham

245

Krisis wilayah di antara Rusia dan Ukraine terus menjadi punca utama saham seluruh dunia susut selain kebimbangan inflasi membuatkan pelabur beralih ke arah aset safe-haven seperti pembelian bon kerajaan.

Pasaran Eropah Menerima Kesan Yang Teruk

Indeks saham STOXX 600 Eropah jatuh sebanyak 3.0% manakala spot emas mencatat paras tertinggi harian sejak 4 bulan selepas Rusia bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Barat bagi meredakan keadaan.

Sentimen di pasaran Eropah berada dalam kegelisahan, dengan bursa serantau utama jatuh 2% dan harga gas asli Eropah lonjak 10% pada 81.30 Euro setiap megawatt per jam.

Tolok saham MSCI seluruh dunia ditutup rendah 1.0% selepas mengurangkan kerugian yang teruk.

Inflasi Yang Terus Mencetus Panik

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.49%, S&P hilang 0.38% dan Nasdaq Composite susut 0.24 mata ke paras break-even.

Pengerusi Sanders Morris Harris, George Bell, berkata pasaran saham Amerika Syarikat (AS) terus dibayangi dengan kebimbangan terhadap inflasi yang memungkinkan Federal Reserve (Fed) mengetatkan dasar monetari, seterusnya menasihatkan pelabur untuk menambah tunai sebanyak 10% ke 20% dalam portfolio mereka.

Selain itu, presiden St.Louis Fed, James Bullard yang menggesa kenaikan 1 mata peratus atau 100 mata asas menjelang 1 Julai telah menyebabkan harga perbendaharaan mencanak.

Nota hasil perbendaharaan 10 tahun naik 4 mata asas pada 1.991%.

Indeks dolar mencanak 0.366% ke paras tertinggi 2 minggu ekoran kebimbangan terhadap krisis Rusia-Ukraine dan komen Bullard sementara Euro kekal pada $1.1305.

Pasaran minyak menyaksikan sedikit peningkatan selepas berita mengenai perbincangan Rusia-Barat bakal diadakan, dengan harga minyak mentah (AS) naik $2.36 pada $95.46 setong sementara niaga hadapan Brent tambah $2.04 pada $9.48 setong.

Niaga hadapan emas naik 1.5% pada $1,869.40 per auns dan spot emas mencapai paras tertinggi sejak 16 November pada $1,873.91.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat