Kritikal Di UK, Boris Johnson Lancarkan ‘Plan B’!

514

Dolar Amerika jatuh lebih rendah meskipun majoriti pasaran saham global ditutup merah dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun meningkat ke paras tertinggi mingguan baharu.

Hal ini mungkin dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung pasaran di tengah keyakinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mempercepatkan pengurangan pembelian bon bulanannya.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar didagangkan merosot pada sekitar harga 96.00 ketika sesi Asia.

Selain itu, sentimen positif dalam pasaran turut menyokong dagangan matawang utama berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron yang mereda susulan laporan terbaru daripada Pfizer.

Pembuat vaksin Pfizer dan BioNTech mengatakan tiga suntikan vaksin Covid-19 mereka mampu meneutralkan varian Omicron dalam ujian makmal, memberi isyarat awal bahawa suntikan penggalak boleh menjadi kunci kepada perlindungan daripada strain baharu ini.

Dolar Aussie masih mengekalkan momentum pengukuhannya berikutan kenyataan Bank Pusat Australia (RBA) yang tidak bimbang Omicron akan mengganggu pemulihan negara itu.

Bagaimanapun, berbeza bagi matawang pound yang jatuh ke paras terendah tahun ini selepas Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan ‘Plan B’ dengan melaksanakan beberapa langkah sekatan untuk membendung peningkatan Covid-19 di negara itu.

Bermula hari Jumaat, penutup muka akan diwajibkan di kebanyakan tempat awam tertutup, sementara mulai Isnin depan, rakyat dinasihatkan untuk bekerja dari rumah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat