Kuatnya Matawang Pound!

528

Matawang utama kembali meraih pengukuhan ketika pasaran bergantung kepada hasil perbendaharaan AS, dengan dolar greenback menyusuli peningkatan dan kemerosotannya.

Hasil perbendaharaan AS berakhir dengan mencatatkan kerugian, tetapi hasil bon 10 tahun berjaya mencecah 1.20%, sementara bon 30 tahun pula mencapai 2% iaitu tertinggi sejak Mac 2020.

US dolar susut lebih rendah, dengan indeks dolar didagangkan pada 90.86 berbanding sekumpulan matawang utama.

Selain itu, peningkatan dalam pasaran saham global turut mempengaruhi pergerakan matawang utama, yang telah mendapat dorongan daripada optimisme terhadap pakej rangsangan AS.

Dolar Aussie dan New Zealand meningkat lebih tinggi menyusuli penyusutan dolar greenback di tengah-tengah ketiadaan pemangkin dari data ekonomi utama. Penerbitan data inflasi China pada hari Rabu akan menjadi tumpuan utama pasaran.

Sementara itu, matawang pound terus didagangkan mengukuh selepas mencatatkan tahap tertinggi baru sejak Mei 2018 pada 1.37600 berbanding USD pada sesi Asia.

UK melaporkan kurang daripada 100,000 kes coronavirus baru untuk pertama kalinya sejak November. Kerajaan telah melakukan vaksinasi secara meluas dan telah menvaksinasi kira-kira 17% dari populasinya.

Sentimen pasaran turut menyokong dagangan matawang euro meskipun dengan kelemahan data pengeluaran perindustrian Jerman. Krisis kesihatan bertambah baik di seluruh wilayah termasuk Jerman, tetapi kerajaan masih tidak bersedia untuk melonggarkan sekatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat