Kurma Israel Mula Dipasarkan, Rakyat Persoal Ketelusan Kerajaan Memantau Produk Import

421

Buah kurma atau tamar adalah satu makanan sunnah yang sangat popular dalam kalangan umat Islam terutama sekali bagi rakyat Malaysia. Pelbagai jenama produk kurma kian naik apabila menjelang sahaja bulan Ramadan.

Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan jenama makanan buah kurma milik Israel mula dijual di pasaraya tempatan. Perkara ini mengundang kemarahan umat Islam di Malaysia atas tindakan pemboikotan bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata pemantauan dan penguatkuasaan lebih menyeluruh perlu dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, ketirisan atau pemantauan yang lemah menyebabkan produk itu boleh berada di pasaran negara ini.

Selain itu, katanya, masyarakat juga perlu lebih peka dan memainkan peranan sebagai pengguna yang bijak dengan menyemak negara pengeluar selain kandungan dan sijil halal.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata pihaknya akan terus membuat pemantau setiap hari dan akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang menukar bungkusan bagi mengelirukan pengguna.

KPDN mengambil maklum video yang tular di media sosial berhubung seorang individu atau peniaga yang didakwa menukar bungkusan kotak kurma dari Israel untuk dijual di pasaran dalam negara.

Pasaraya tersebut kini dipercayai menarik balik penjualan kurma yang didakwa diimport dari Israel selepas tular mengenai penjualan produk berkenaan.

Malah, pihak pasaraya tersebut turut menarik penjualan semua produk kurma di premis mereka susulan kekecohan yang tular di media sosial.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat