Kuroda Memberi Amaran Amalan Perlindungan Perdagangan Dapat Mendatangkan Risiko

615

Gabenor bank of Japan Haruhiko Kuroda menyatakan pendirian beliau bahawa peningkatan sikap perlindungan perdagangan (protectionism) akan mendatangkan risiko kepada ekonomi Jepun. Kuroda memberi amaran konflik perdagangan yang berlaku mampu mempengaruhi pemulihan Jepun.

Ketua kewangan kumpulan-kumpulan G20 juga menzahirkan isu ini dalam perdebatan mereka pengamalan perlindungan perdagangan dapat memperlahankan pertumbuhan global. Kata Kuroda.

” Kebanyakkan negara berkongsi pandangan yang sama bahawa mereka mendapat manfaat yang banyak daripada perdagangan bebas, maka saya tidak berfikir bahawa pengamalan perlindungan perdagangan akan merebak dan akhirnya membawa kepada pertumbuhan global yang perlahan. Namun risiko itu ada. ” Kata Kuroda.

Pada ketika ini perlindungan perdagangan tidak memberi kesan besar kepada ekonomi Jepun tetapi risiko itu berada dihadapan kita. Maka kita harus berhati-hati terhadap perkembangannya.

Dalam masa yang sama, minggu hadapan ulasan kadar BOJ akan dikeluarkan pada minggu hadapan, dimana ahli-ahli lembaga dijangka akan mengkekalkan polisi monetari dan membincangkan ramalan sukun ke atas pertumbuhan dan inflasi.

Laporan mengatakan BOJ akan mengekalkan pandangan mereka terhadap inflasi dan dijangka inflasi akan mencapai 2 peratus pada tahun akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat