KWSP Ikat Jalinan Kerjasama Bersama Grab, Bangunkan Program i-Saraan

327

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjalin ikatan kerjasama dengan Grab Malaysia (Grab) dan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi bangunkan program i-Saraan.

Langkah itu bertujuan untuk menggalakkan rakan pemandu menabung bagi simpanan persaraan melalui program i-Saraan bagi ahli yang berumur di bawah 55 tahun dan caruman sukarela bagi individu yang berumur 55 ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia amat berharap supaya komuniti rakan pemandu mendaftar untuk simpanan persaraan dan menjadi sebahagian ahlinya di bawah program i-Saraan atau caruman sukarela.

Perkara tersebut juga bakal membantu dalam menyediakan aset persaraan dan setiap ahli bakal memperoleh ganjaran seperti dividen tahunan, pelepasan cukai dan bantuan lain kepada ahli.

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh berkata ia optimis bagi menyediakan peluang dalam memberi mata pencarian yang baharu serta mengatasi pengangguran yang kian meruncing.

Jalinan kerjasama ini adalah langkah terbaik yang mana kerjasama pihak awam dan swasta mampu menggalakkan pegangan kewangan dan turut mengukuhkan kedudukan kewangan rakyat Malaysia.

Individu yang mencarum di bawah program i-Saraan bakal menerima insentif kerajaan sebanyak 15% berdasarkan jumlah caruman individu setahun sehingga maksimum RM250 setahun.

Bagi individu yang mencarum dalam program caruman sukarela, ia dapat mencarum sendiri pada bila-bila masa sehingga RM60,000 setahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat