KWSP Umum Caruman Untuk Majikan Bagi April 2020 Dilanjutkan

450

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pihak mereka akan memanjangkan lagi tempoh bagi majikan untuk melanjutkan bayaran caruman wajib.

Hal ini adalah susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan, pembayaran caruman wajib bagi gaji bulan Mac (caruman April 2020) telah ditangguhakan tarikh daripada Rabu, 15 April kepada Jumaat, 24 April 2020.

Menerusi laman web rasmi KWSP, pihak mereka turut menyatakan bahawa bayaran caruman tersebut boleh dilakukan melalui laman sesawang KWSP iaitu e-Caruman menerusi portal i-Akaun (Majikan), perbankan internet ataupun di kaunter bank yang dilantik.

Tempoh PKP (Fasa Kedua) pada awalnya dilanjutkan sehingga 14 April. Namun pada Jumaat, 10 April yang lalu, seperti yang telah dijangkakan ramai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan PKP (Fasa Ketiga) dilanjutkan sehingga 28 April 2020 demi memastikan rantaian wabak Covid19 berjaya diputuskan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat