Lagi Seram Dari Cerita Hantu, Covid Kembali Mengilai-Ngilai Di China!

1,242

‘Hmm, prospek 2023 nampak suram ni.’

Menghampiri 2023, virus Covid-19 dilihat masih lagi menghantui China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi kembali melebar.

Terbaharu, bandar-bandar utama di China dari Wuhan ke Xining mengenakan semula sekatan (lockdown) bagi membendung penyebaran Covid-19 serta variannya iaitu Omicron.

Media China melaporkan berlaku peningkatan lebih 1,000 kes dalam tempoh 3 hari lepas di seluruh China, dan walaupun catatan tersebut tidak seteruk puluhan ribu pada awal tahun tetapi negara Tembok Besar tersebut tidak mahu ambil risiko.

Umumnya pada awal tahun ini bandar Shanghai telah dikenakan setaktan penuh (full lockdown) di bawah dasar sifar-Covid oleh kerajaan sehingga memberi tekanan kepada ekonomi China.

Selain itu, Guangzhou yang terkenal sebagai bandar ke-4 terbesar dalam output ekonomi China turut sama dikenakan sekatan baru-baru ini selepas terdapat peningkatan kes jangkitan di kawasan tersebut dalam tempoh sebulan lepas.

Menurut nota Nomura pula, sebanyak 28 bandar sedang melaksanakan lockdown dengan 207.7 juta orang terjejas dan memberi kesan sekitar $3.55 trilion kepada keluaran dalam negara kasar (GDP) China.

Pengiraan tersebut bersamaan dengan catatan keseluruhan ekonomi China pada suku pertama 2021 lalu.

Perkara ini tidak dapat dinafikan akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi China yang sedang memulakan corak pemulihan akhir-akhir ini memandangkan sektor utama terpaksa ditutup.

Dalam pada itu, bandar Wuhan iaitu tempat pertama penyebaran Covid-19 berlaku peningkatan semula kes jangkitan baru minggu ini sehingga memaksa pihak berkuasa mengambil langkah sekatan drastik terhadap 800,000 orang di sana.

Salah seorang penduduk Wuhan meluahkan rasa kebiasaannya terhadap situasi tersebut dengan mengatakan mereka sudah lali dengan berita mengenai Covid.

Pada sisi berbeza, pihak berkuasa dikatakan terpaksa menyekat pengagihan makanan dari bandar ke bandar dan perkara ini dilihat akan mencetus isu bekalan di China tidak lama lagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat