Lagi Syarikat Buang Pekerja, Spotify Juga Tidak Terkecuali

154

‘Alamak, makin banyak syarikat buang pekerja ni.’

Ketidaktentuan ekonomi yang memaksa pengurangan perbelanjaan di beberapa sektor teknologi turut terbias kepada Spotify Technology yang mengurangkan pengambilan pekerjanya sebanyak 25%.

Umum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spotify, Daniel Ek, setiap kakitangan telah menerima e-mel yang menyatakan program pengambilan pekerja akan tetap diteruskan namun pada kadar yang perlahan untuk beberapa suku mendatang.

Tambah gergasi perkhidmatan audio yang mengajikan 8,230 orang pekerja setakat ini, syarikat akan ‘lebih berhemat’ dalam perbelanjaan serta pemilihan pekerjanya buat masa ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Paul Vogel turut memaklumkan para pelabur untuk tidak bimbang kerana syarikat akan sentiasa memerhatikan pergerakan ekonomi global dalam membuat sebarang keputusan.

Ulas beliau bahawa Spotify sudah meneliti dan menilai pertumbuhan jumlah pekerjanya dalam jangka masa terdekat dalam mengeluarkan keputusan memperlahankan mengambilan pekerja.

Sebagai makluman, para pelabur bertaruh kepada penilaian optimistik perniagaan podcast dan audiobooks syarikat dalam memacu pertumbuhan dalam sedekad akan datang.

Dalam pada itu, saham Spotify dilihat sedikit memulih sebanyak 7.1% sebaik berita pengurangan pengambilan ini tersebar.

Suka diingatkan bahawa gergasi-gergasi teknologi kini mengambil keputusan memperlahankan pengambilan pekerja atau pemberhentian ekoran peningkatan inflasi serta krisis Rusia-Ukraine.

Namun, masih ada syarikat yang bertindak sebaliknya dengan menawarkan lebih banyak tawaran pekerjaan seperti Binance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat