Lajunya Matawang Utama Meroket! Trader Dah Masuk Posisi Ke Belum?

862

US dolar terus di bawah tekanan ketika optimisme terhadap vaksin meningkatkan matawang pound ke paras tertinggi hampir tiga tahun, sementara kenaikan harga minyak dan harapan yang kuat untuk pemulihan global menyokong matawang komoditi.

Lonjakan hasil perbendaharaan AS 10 kepada 1.2501% nampaknya tidak lagi mampu menyokong peningkatan US dolar berbanding pesaing utamanya, kecuali matawang yen Jepun.

Matawang Asia, dolar Aussie meningkat menghampiri paras ketinggian satu bulan walaupun minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang diterbitkan pada awal sesi Asia menunjukkan bank pusat memerlukan rangsangan monetari yang berterusan.

Sentimen pasaran turut menyokong dolar kiwi dan tidak terkesan dengan berita mengenai kes Covid-19 yang dikesan di Auckland pada hujung minggu adalah dari varian baru UK yang lebih cepat merebak, sehingga menyebabkan lockdown dilaksanakan selama tiga hari.

Dolar loonie menokok menuju paras ketinggian satu bulan, disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah dunia di tahap tertinggi 13 bulan.

Bagi matawang Eropah, matawang pound mengekalkan momentum pengukuhan dengan didagangkan di atas paras harga 1.39000 berbanding US dolar dan merekodkan tahap tertinggi terbaru hampir tiga tahun pada awal sesi Asia.

Sterling telah meraih keuntungan 2.5% dalam tempoh kurang 2 minggu berikutan pelancaran program vaksin Covid-19 yang agresif telah meningkatkan jangkaan untuk pemulihan ekonomi lebih cepat dari negara-negara Eropah lain.

Selain itu, matawang euro didagangkan stabil, sementara yen Jepun susut rendah berbanding kebanyakan matawang utama ketika permintaan terhadap matawang safe-haven terus berkurang berikutan sentimen positif pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat