Bekas setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton menggesa undang-undang yang ketat dilaksanakan untuk pasaran mata wang kripto supaya tidak menjadi subjek manipulasi Rusia, China, dan negara-negara besar lain.
Jelasnya, kehadiran teknologi boleh disalahguna oleh pelbagai lapisan entiti untuk menggugat negara lain, bersama dolar sebagai mata wang rizab.
Misalnya, mata wang kripto: “Bayangkan media sosial dan sejumlah besar wang digabungkan melalui kawalan rantaian mata wang kripto.”
Bukan hanya China, Rusia, atau mana-mana negara yang memanipulasi teknologi untuk keuntungan mereka, tetapi juga perlu beri perhatian kepada entiti tanpa negara, sama ada bersama-sama dengan negeri-negeri atau negara-negara tidak stabil yang mahu menjejaskan kestabilan dolar sebagai mata wang rizab.
Clinton menyamakan situasi ini dengan bagaimana platform media sosial berfungsi, menjadi ruang untuk mempengaruhi hasil undian melalui maklumat tidak benar.
Maka tidak mustahil peluang jahat seperti itu jika digabungkan dengan pasaran mata wang kripto mampu mencetusskan ketidakstabilan mata wang rizab bagi sesebuah negara.
Contoh terdekat dapat dilihat ketika Korea Utara menggunakan mata wang kripto untuk melancarkan program senjata nuklear supaya aktiviti mereka tidak dijejaki oleh pihak luar.
Sementara itu, pada awal 2020, komander Islamic Revolutionary Guard Corps, Saeed Muhammad mencadangkan penggunaan mata wang kripto kepada Iraq untuk elakkan sekatan.
Mungkin kehadiran mata wang kripto dianggap sebagai teknologi yang menarik tetapi ia tetap memberi kesan negatif terhadap AS.