Laku Keras Kereta Proton Bulan Lalu!

592

Proton mencatatkan nilai jualan paling tinggi sejak 2012 selepas 13,216 unit kereta berjaya dijual pada bulan lalu susulan peningkatan permintaan pengguna dan insentif bebas cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Syarikat pengeluar kereta tempatan itu mengumumkan anggaran penjualan sebanyak 63.2% pada bulan ini.

Menurut syarikat itu lagi, jumlah keseluruhan jualan meningkat sebanyak 37.3% berbanding Jun dan meningkat sebanyak 45.7% berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Model Proton Saga mencatatkan jumlah jualan paling tinggi bagi segmen kereta A dengan 5,421 unit berjaya terjual, didorong oleh pelancaran Saga edisi ulang tahun yang ke-35.

Kesemua 1,100 unit model edisi ulang tahun itu ditempah dalam tempoh lima hari selepas pelancarannya pada 9 Julai lalu.

Sementara itu, Proton X70 merekodkan jualan sebanyak 3,087 unit, Persona sebanyak 3,043 unit dan Exora berjaya dijual sebanyak 742 unit.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya akan terus merancakkan pasaran kereta tempatan dan meningkatkan jualan pada bulan ini sebagai persediaan lebih banyak model baharu akan diperkenalkan tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat