Lampu Hijau Dagangan ETF, Australia (ASIC) Ambil Langkah Berani!

769

Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) telah memberikan lampu hijau untuk memperdagangkan Bitcoin dan Ethereum ETF secara spot. Kedua-dua ETF ini akan didagangkan di Bursa Saham Australia (ASX). ASIC telah mengeluarkan satu garis panduan untuk Dagangan Pertukaran Produk (ETP) selepas perbincangan yang memakan masa berbulan-bulan dalam kalangan para pengawal selia.

Set garis panduan baharu akan membolehkan firma melancarkan ETF yang ditambat aset kripto dan memberi laluan kepada pelaburan langsung dalam kripto. Menurut pesuruhjaya ASIC Cathie Armor:

“Aset kripto mempunyai ciri dan risiko unik yang mesti dipertimbangkan oleh pengeluar produk dan pemain pasaran dalam memenuhi piawaian undang-undang. Justeru ASIC melalui garis panduan ini akan menjadi contoh dalam memenuhi piawaian dan menawarkan perlindungan pelaburan kepada pemain pasaran Australia”.

Kelulusan ini hadir hanya beberapa minggu selepas US SEC meluluskan pasaran hadapan pertama yang ditambat Bitcoin ETF. Bitcoin ETF pertama telah diluluskan di Amerika Utara di Kanada dalam bentuk Bitcoin ETF.

Pembenaran ETF pertama dapat dikatakan suatu yang berhasil dan berjaya meningkatkan keyakin pemain pasaran kritpo bahawa Amerika Syarikat akan meluluskan ETF spot tidak lama lagi selepas ETF niaga hadapan mendapat sambutan yang hangat.

ProShares menjadi firma yang pertama mendapat persetujuan SEC AS dan berjaya merekodkan jumlah dagangan lebih satu bilion dolar pada hari pertama. Dengan ini, dagangan Bitcoin ETF niaga hadapan ProShares telah berjaya memecahkan rekod 18 tahun menjadi yang terpantas untuk memperoleh $1 bilion dalam aset dalam masa 2 hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat