Langkah Drastik Pihak Berkuasa Ini Buatkan Pemilik Kripto Semakin Tertekan!

2,249

Baru-baru ini Korea Selatan telah mengambil tindakan tegas ke atas pelabur dan pemilik kripto dengan mengenakan denda untuk mereka yang lari daripada membayar cukai.

Tidak lama kemudian, pada hari ini pentadbiran Korea Selatan mengumumkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menaikkan cukai kripto berdasarkan tinjauan yang dilakukan. Tinjauan tersebut mendapati ramai yang bersetuju cukai kripto dinaikkan.

Sumber yang lain pula melaporkan bahawa pihak berkuasa hampir pasti mengenakan cukai 20% ke atas keuntungan yang dibuat dari perdagangan kripto bermula awal tahun depan. Lebih-lebih lagi, Menteri Kewangan Korea Selatan – Hong Nam-Ki – baru-baru ini memberi amaran bahawa peraturan seperti itu “tidak dapat dielakkan” bermula tahun 2022.

Walaubagaimanapun agak mengejutkan kebanyakan orang Korea Selatan menyokong idea membayar 20% dari keuntungan mereka yang dihasilkan oleh perdagangan aset digital kepada pemerintah. Justeru ada yang berpendapat bahawa pandangan ini banyak terdiri oleh golongan berumur.

Hasil kajian menunjukkan bahawa 53.7% daripada semua peserta menyokong cukai yang dirancang, sementara hanya 38.3% yang menentangnya. Mereka yang berusia antara 20 hingga 29 tahun, dianggap sebagai generasi perdagangan yang paling aktif, menentang undang-undang tersebut dengan peratusan sebanyak 47.8%.

Disamping itu, pihak pentadbiran juga sedang merancang untuk menggubal peraturan kripto dengan lebih bersepadu. Pada bulan Mac lalu, peraturan terbaru telah dikuat kuasa yang menggariskan standard penalti yang besar dan kemungkinan denda untuk semua penyedia perkhidmatan aset maya (VASP), termasuk pertukaran crypto, yang gagal melaporkan transaksi yang mencurigakan.

Peraturan ketat telah mempengaruhi beberapa perniagaan berkaitan aset digital yang beroperasi di negara ini, termasuk beberapa pertukaran yang paling popular seperti yang dilaporkan sebelum ini, OKEx Korea dan Binance Korea.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat