Langkah Lanjutan ECB Jadi Perhatian! Ini Pandangan Para Penggubal Perlu Dipertimbangkan Pasaran

158

Langkah seterusnya yang dijangka oleh pasaran oleh Bank Pusat Eropah (ECB) ialah pengurangan kadar faedah, namun perkembangan terbaru sedikit mematahkan harapan dengan para penggubal dasar yang bercakap pada hari Isnin enggan mengemukakan bilakah langkah tersebut atau pemicu tindakan akan diambil.

ECB mengekalkan kadar faedah pada tahap tertinggi rekod sebanyak 4% pada Khamis lepas  dan memberi kenyataan bahawa inflasi sedang dikawal, memperkukuh spekulasi yang sudah meluas dalam pasaran bahawa pelonggaran dasar boleh bermula seawal musim bunga.

Para penggubal dasar bersetuju bahawa trend inflasi dilihat menjanjikan namun diantara mereka membuat kesimpulan yang berbeza, dengan berhujah untuk tindakan awal manakala yang lain berpendapat agar pasaran bersabar sehingga para penggubal mendapat pengesahan lanjut bahawa inflasi sudah dikawal.

Secara rumusnya, walaupun beberapa pandangan para penggubal kelihatan agak berbeza,namun secara asasnya membawa maksud yang sama. Namun begitu penganalisis pasaran mendapati hampir tidak ada yang menjangka pengurangan kadar pada bulan Mac, jadi perdebatan sebenarnya adalah sama ada ECB patut mengurangkan kadar pada bulan April atau menunggu hingga mesyuarat seterusnya pada bulan Jun.

Pelabur kini melihat sebanyak 140 mata asas pengurangan kadar faedah tahun ini dan melihat peluang hampir 100% bagi  pada bulan April. Dari pihak yang konservatif, Kazimir ECB  berhujah bahawa mengurangkan kadar terlalu awal adalah risiko yang lebih besar kerana bertindak terlalu awal boleh menggagalkan deflasi dan sebenarnya memanjangkan tempoh dasar monetari yang ketat. Klaas Knot, ketua bank pusat Belanda yang berpengaruh, juga kelihatan menyokong pendekatan untuk menanti lebih dengan berhujah bahawa beberapa elemen dalam teka-teki inflasi belum lagi tersusun.

Sementara itu, Centeno berkata sudah banyak bukti bahawa inflasi sedang menurun secara berterusan dan menunggu data upah suku pertama yang akan keluar pada bulan Mei.”Data-dependent bukan bermaksud data upah-dependant… kita tidak perlu menunggu data upah Mei untuk mendapatkan gambaran tentang trajektori inflasi,” katanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat