Harga rumah di China meningkat sebanyak 0.7 peratus pada bulan April lebih cepat dari peningkatan 0.6 peratus yang dibuat pada Mac.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Negara (NBS) pada Khamis, berbanding setahun yang lalu, harga rumah baru di 70 bandar-bandar utama China meningkat sebanyak 10.7 peratus pada bulan April sedikit menyusut daripada bacaan yang dicatat pada 11.3 peratus.
Menurut penganalisis, peningkatan harga mungkin disebabkan oleh peningkatan permintaan di bandar-bandar kecil yang mempunyai kekurangan sekatan pasaran hartanah.
Pelbagai sekatan telah mula dijalankan semenjak akhir Mac untuk mengelakkan lonjakan mendadak harga hartanah yang melibatkan sekurang-kurangnya 12 bandar.
Di bandar-bandar besar seperti Beijing, harga seunit rumah baru meningkat pada kadar yang lebih perlahan setiap bulan manakala harga hartanah di Shanghai menurun sebanyak 0.1 peratus selepas kerajaan membendung kenaikan harga dari bergerak ke tahap yang lebih membimbangkan.
Harga di Shenzen pula tidak berubah bagi bulan April.
Bagaimanapun, harga hartanah di bandar metropolis kekal berada di paras yang tinggi. Pemikir pasaran juga berkata pada Isnin bahawa Beijing merupakan bandar yang mempunyai hartanah paling mahal di China bagi bulan April dengan harga median sebanyak $9231 bagi satu meter persegi.
Salah seorang perancang ekonomi di China berpendapat bahawa harga rumah di bandar-bandar besar di China berkemungkinan melonjak jika kerajaan melonggarkan sekatan. Namun begitu, beliau berpendapat bahawa sekatan masih akan diteruskan dan tidak akan ditarik balik dalam masa terdekat.
Sesi Eropah Menyaksikan US Dollar Mula Cipta Langkah Untuk Bangkit, AUD Meningkat