Langkah Tegas, Satu Bandar Kena Jalani Ujian Saringan Covid-19

408

Kira-kira 4.7 juta orang penduduk di bandar Kashgar, wilayah Xinjiang menjalani ujian saringan selepas seorang wanita didapati positif Covid-19 meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Wanita terbabit bekerja di sebuah kilang pakaian di daerah Shufu, pinggir bandar terbabit.

Berikutan kes itu, kerajaan China bertindak menjalankan ujian saringan secara besar-besaran dan mendapati 138 kes tanpa gejala berjaya dikesan setakat ini.

Kes membabitkan wanita itu adalah kes tempatan pertama yang dikesan di China dalam tempoh 10 hari ini.

Sekolah-sekolah di Kashgar diarahkan tutup dan penduduk tidak dibenarkan meninggalkan bandar tersebut melainkan mereka mempunyai bukti menunjukkan mereka negatif Covid-19.

Sehingga tengah hari semalam, lebih 2.8 juta orang telah menjalani ujian saringan dan selebihnya akan dibuat dalam tempoh dua hari lagi.

Kes tanpa gejala tidak dicatatkan dalam angka rasmi China yang setakat ini mencatatkan 85,810 kes dan merekodkan sejumlah 4,634 kematian.

Kashgar didiami oleh etnik Uighur dan Turki Muslim. Wilayah Xinjiang sering diancam oleh kerajaan China yang mendakwa penduduk Muslim di situ terbabit dengan kumpulan pengganas.

Jutaan penduduk ditahan dan ditempatkan di ‘pusat latihan vokasional’ seperti didakwa oleh Beijing.

Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyekat beberapa eksport dari Xinjiang berhubung wujud dakwaan China melanggar hak asasi manusia dan menggunakan buruh paksa.

Kes tanpa gejala tidak dicatatkan dalam angka rasmi China yang setakat ini mencatatkan 85,810 kes dan merekodkan sejumlah 4,634 kematian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat