Lantunan Wall Street Terbantut, Pelabur Terus Gelisah

222

Lantunan semula di pasaran Wall Street terbantut apabila pelabur hilang minat terhadap pergerakan semasa sesi dagangan pagi ekoran kebimbangan terhadap inflasi dan kenaikan kadar faedah muncul semula.

Pasaran kembali tidak menentu dengan kebimbangan mengenai Federal Reserve (Fed) yang akan mempercepatkan kenaikan kadar faedah pada tahun ini terus mengeruhkan keadaan selain sentimen pelabur menjadi tidak keruan menanti mesyuarat polisi oleh Bank Pusat Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.89%, S&P 500 hilang 1.1% dan Nasdaq Composite turun 1.3%.

Saham AS yang bertukar merah pada lewat sesi dagangan telah menyebabkan indeks MSCI seluruh dunia jatuh 0.32% sementara indeks meluas FTSEurofirst pan-Eropah naik 0.51%.

Hasil perbendaharaan 2 tahun AS naik 1.2 mata asas pada 1.037% sementara hasil perbendaharaan 10 tahun turun 1.2 mata asas pada 1.815%.

Sementara itu, indeks CSI 300 cip biru China naik 0.9% hasil dorongan pemaju hartanah walaupun terdapat tekanan daripada kerajaan tembok besar China itu dalam mengurangkan tekanan dana dalam sektor yang terjejas.

Indeks dolar yang mengukur sejumlah 6 mata wang lain naik 0.197% pada 95.797 sementara Yen Jepun jatuh 0.17% pada US$114.1200 dan Euro susut 0.27% pada US$1.1310.

Dalam pada itu, harga minyak mentah melantun namun masih di paras bawah dengan harga minyak mentah Brent turun 6 sen pada US$88.38 setong dan niaga hadapan minyak mentah AS susut 6 sen pada US$86.90 setong.

Ketegangan diantara Rusia dan Ukraine serta kebimbangan inflasi telah membuatkan emas dan perak mencapai paras baru 2 bulan tertinggi dengan niaga hadapan emas AS kekal pada US$1,842.60 per auns sementara harga perak naik 2.1% pada US$24.63 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat