Laporan Data Pekerjaan Australia Punca Dagangan AUD/USD Melonjak Sesi Asia

228

Dolar Australia mempamerkan lonjakan ketara pada carta harga berbanding pasangan matawang utama susulan laporan data pekerjaan Australia yang diterbitkan pada sesi pasaran Asia sebentar tadi.

Mengatasi jangkaan penurunan, laporan data pekerjaan sebaliknya mencatatkan angka yang lebih tinggi dengan ekonomi Australia menambah 28,900 pekerjaan pada bulan Disember 2019.

Namun tumpuan pasaran lebih terarah kepada kadar pengangguran Australia yang mengejutkan dengan penurunan dari paras 5.2% kepada 5.1%. Paras pengangguran tersebut juga adalah terendah untuk tempoh 9 bulan.

Data positif yang turut menjadi tumpuan bank pusat ini telah melonjakkan dagangan Aussie dengan pergerakan pada carta pasangan matawang utama AUD/USD mencatatkan sekitar 45 kenaikan ke paras lebih tinggi.

Harga yang pada mulanya bergerak di paras support sekitar 0.68320 kemudiannya melonjak melepasi zon SBR (support become resistance) 0.68500 dan juga garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) mencapai paras ketinggian sekitar 0.68780.

Kenaikan menguji zon SBR tersebut dilihat gagal mengekalkan momentum sebelum harga kembali membuat penurunan pada penghujung dagangan sesi Asia.

Penurunan harga dilihat akan kembali menguji paras tumpuan 0.68500 sebelum menyambung semula kenaikan.

Jika penurunan diteruskan, zon support yang diuji pada sesi Asia pagi ini akan kembali menjadi destinasi tumpuan harga.

Sebaliknya jika harga kembali menyambung kenaikan semula, harga bakal menembusi zon SBR 0.68800 sebelum kenaikan lebih tinggi boleh mencapai paras ketinggian 0.69300.

Paras ketinggian tersebut merupakan zon resistance harga bagi carta AUD/USD yang diuji pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat