Laporan Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS Beri Kejutan!

1,192

Positif bagi terbitan laporan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi diharapkan oleh pelabur untuk kembali menyokong pengukuhan semula US dolar pada sesi New York selepas paparkan prestasi yang mengecewakan pada sesi Eropah.

Bacaan data bagi bulan November yang dijangkakan untuk menurun kepada 0.5% berbanding 0.6% pada bulan sebelumnya, sebaliknya mencatatkan kenaikan lebih tinggi kepada 0.8%.

Bacaan data tahunan pula meningkat kepada 9.6% untuk November lebih tinggi daripada unjuran paras median oleh pakar ekonomi iaitu 9.2%, menurut laporan oleh Biro Statistik Buruh AS.

Begitu juga bacaan PPI teras yang meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran.

Reaksi awal dalam pasaran memperlihatkan US dolar cuba untuk mengukuh susulan data diterbitkan, namun mengalami kesukaran.

Pelabur terus berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis untuk melihat sama ada Federal Reserve (Fed) bakal meneruskan pelaksanaan langkah pengurangan pembelian bon (tapering) dan juga kenaikan kadar faedah yang lebih cepat.

Pastinya pergerakan harga pada carta-carta utama khususnya bagi US dolar akan lebih bergelora pada penghujung minggu.

Namun, menjelang acara tumpuan tersebut, pelbagai reaksi pasaran dapat disaksikan dengan pergerakan harga juga berkemungkinan tidak menentu dan berisiko buat para pelabur berdepan mesyuarat beberapa bank pusat dan juga data-data ekonomi berimpak tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat