Laporan Industri Minyak Mentah Mingguan Amerika Syarikat Dijangka Positif!

73

Minyak mentah melonjak sedikit dalam sesi Asia pada Rabu menjelang pengumuman data anggaran industri mingguan dari Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama, crude futures bagi penghantaran Julai meningkat sebanyak 0.04 peratus kepada $49.68 setong manakala minyak Brent kali terakhir dinilai sebanyak 0.15 peratus kepada $52.29 setong.

Kemudian pada Rabu, Institut Petroleum Amerika (API) akan mengeluarkan data anggaran inventori minyak mentah dan produk tapisan diikuti oleh dara rasmi yang daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga yang bakal dikeluarkan pada Khamis.

Buat masa ini, stok minyak mentah diramal menjunam sebanyak 2,830 juta tong, 970,000 tong bagi minyak petrol dan 785,000 bagi inventori sulingan.

Semalam, crude futures masih didagang dalam dagangan yang agak lemah apabila pelabur terus mempersoalkan sama ada lanjutan pembekuan bekalan oleh OPEC membantu dalam mengurangkan lebihan minyak mentah.

Dalam masa yang sama, pelabur juga sedang bersiap sedia dengan peningkatan bekalan global apabila medan minyak Sharara, Libya dijangka akan meningkatkan pengeluaran kepada 800,000 tong sehari daripada 784,000 tong sehari selepas isu teknikal pengeluaran dapat diselesaikan pada Selasa.

Bagi tempoh lanjutan perjanjian bekalan, Nigeria dan Libya masih akan dikecualikan daripada mengurangkan jumlah bekalan sama seperti persetujuan yang telah dicapai pada November lepas.

Ini Punca Kejatuhan Mendadak Matawang Pound Pagi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat