Ini Punca Kejatuhan Mendadak Matawang Pound Pagi Ini!

158

British Pound jatuh mendadak pada awal dagangan sesi Asia apabila tinjauan terhadap pilihanraya pada Rabu menunjukkan bahawa sokongan terhadap parti konservatif semakin menjunam.

GBP/USD menjunam sebanyak 0.34 peratus kepada 1.2814 selepas kedudukan Theresa May yang juga merupakan calon pasti tersebut tergugat bagi memenangi majoriti keseluruhan kerusi di dalam pilihanraya 8 Jun ini.

Laporan ini dilaporkan oleh akhbar The Times menurut kajian yang telah dijalankan oleh Firma YouGov.

Aussie pula menyerah kalah dalam awal sesi dagangan pagi ini menjelang laporan data pembuatan dari China.

AUD/USD menurun sebanyak 0.08 peratus memandangkan ekonomi negara tersebut adalah berkait rapat dengan Negara Tanah Besar.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar pula kali terakhir dinilai dinilai merosot sebanyak 0.11 peratus kepada 97.22.

USD/JPY sedikit berubah kepada 110.86.

Semalam, US Dollar menjunam berbanding matawnag utama yang lain apabila pasaran menurunkan prospektif pemulihan terhadap pertumbuhan ekonomi AS pada suku kedua gara-gara kejatuhan data keyakinan pengguna.

Data ekonomi AS dikeluarkan bercampur-campur pada Selasa apabila data keyakinan pengguna menurun pada bulan April manakala perbelanjaan pengguna menunjukkan peningkatan terbesar dalam tempoh empat bulan.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, perbelanjaan pengguna yang menyumbang kepada kira-kira 70 peratus daripada aktiviti ekonomi AS meningkat sebanyak 0.4 peratus sejajar dengan ramalan ekonomi.

Satu Lagi Premis Skim Cepat Kaya (M Square, Mface) Diserbu Dekat Ampang

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat