Laporan Kewangan Yang Mengecewakan Iringi Pergerakan Saham Micron

383

Saham Micron Technology Inc. mengalami kejatuhan selepas syarikat pembuat cip itu memaklumkan satu lagi penurunan yang agak ketara dalam pendapatan syarikat dan meramalkan momentum ini akan berterusan sehingga hujung tahun ini.

Micron bergelut untuk mengukuhkan prestasi syarikat yang merosot dari segi permintaan terhadap produk memori sejak setahun lalu ekoran kenaikan harga yang menyebabkan kebanyakan pelanggan mula membina bekalan cip memori mereka sendiri.

Untung kasar dalam suku keempat bagi syarikat itu dilaporkan jatuh kepada $4.87 bilion daripada $8.44 bilion sebelum ini. Pendapatan bersih pula dianggarkan sebanyak $561 juta atau 49 sen sesaham, jauh lebih rendah berbanding $4.33 bilion atau $3.56 sesaham bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Meskipun isu perdagangan di antara AS dan China merencatkan penjualan kepada syarikat gergasi teknologi Huawei untuk suku yang akan datang, Ketua Eksekutif Micron Sanjay Mehrotra melihat permintaan di dalam industri ini masih kukuh.

Harga saham Micron pernah mencapai lebih daripada $60 sesaham pada penghujung Mei 2018 yang ketika itu industri memori cip sedang menikmati waktu kegemilangannya, namun tidak kekal lama apabila jatuh untuk tempoh 7 bulan berturut-turut sehingga akhir tahun.

Ketika ini saham Micron diniagakan pada nilai $48.60, turun $0.87 atau 1.76 peratus pada sesi dagangan semalam. Walaupun mengalami sedikit penurunan, saham syarikat ini telah berjaya meningkat hampir 50 peratus untuk tahun ini sahaja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat