[Laporan Korporat] Meta ‘Terciduk’ 2 Suku Berturut-Turut!

126

‘Ni belum kira rancangan metaverse syarikat yang masih samar-samar tu.’

Zaman kegemilangan Meta Platforms Inc, dahulunya Facebook, mungkin sudah berakhir dengan catatan laporan suku ke-2 (Q2) yang lemah dan di bawah unjuran penganalisis pasaran.

Ia juga menandakan kegagalan Meta dalam memastikan kemampanan syarikat buat 2 sesi berturut-turut.

Melihat kepada laporan korporat Q2 syarikat,  hasil syarikat mencatat $28.82 bilion berbanding jangkaan $28.94 bilion dan pendapatan turun kepada $2.46 sesaham tatkala unjuran ditetapkan $2.59 sesaham.

Sungguhpun jumlah pengguna aktif hariannya dilihat meningkat, namun pengguna aktif bulanannya susut pada 2.93 bilion berbanding 2.94 bilion.

Umumya, teras perniagaan syarikat iaitu pengiklanan dalam talian (online) terjejas teruk rentetan daripada kemas kini sekuriti Apple Inc terhadap perkhidmatan iOS-nya.

Suka untuk dimaklumakan bahawa tindakan pengeluar iPhone tersebut telah menyekat Meta daripada menjejaki pengguna dalam menentukan jenis iklan yang akan dipaparkan oleh pengiklanan.

Selain itu, Meta turut menggariskan isu persaingan dan keadaan ekonomi yang lemah sebagai faktor pendorong syarikat mengurangkan  belanjawan iklan.

Ulas Mark Zuckerberg, persekitaran permintaan pengiklanan yang lemah sepanjang Q2 adalah disebabkan ketidaktentuan makroekonomi yang meluas.

Berdasarkan catatan hasil Q2 yang jatuh hampir 1% berbanding setahun sebelumnya, Meta telah mengeluarkan unjuran Q3 yang lebih rendah dan agak mengecewakan.

Sumber Refinitiv memperlihatkan hasil Q3 diunjurkan dalam lingkunan $26 bilion hingga 28.5 bilion  dengan penganalisis meletakkan sasaran $30.5.

Secara kasar ia menandakan penurunan unjuran sebanyak 2% ke 11% daripada setahun lalu.

Dalam pada itu, usaha Meta dalam memperkenalkan Reels dalam bersaing dengan aplikasi video pendek TikTok dilihat masih belum membuahkan hasil.

Reels  yang diperkenalkan dalam Instagram difahamkan membawa hasil $1 bilion setahun namun masih di belakang fungi Instagram Stories.

Di sisi berbeza, Zuckerberg mengesahkan bahawa ia akan mengurangkan jumlah pekerja pada tahun depan ekoran tekanan kelembapan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat