Laporan Minit Mesyuarat FOMC Tumpuan Pelabur Logam Berharga

79

Harga emas sedikit menyusut pada sesi Asia hari Rabu menjelang minit mesyuarat Fed yang dijangka akan melaporkan pendirian hawksih oleh kebanyakkan ahli berkenaan peningkatan kadar faedah pada bulan Disember dan juga tahun hadapan.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh 0.30% kepada $1,289.89 per auns pada jam 1 petang.

Semalam, emas mengekalkan peningkatan dua hari berturut-turut, didorong oleh kelemahan dolar dan ketegangan geopolitik yang berterusan antara US dan Korea Utara.

“Emas banyak mendapat manfaat daripada kejatuhan dolar diikuti dengan ketegangan geopolitik. Sebagai peringatan, kami percaya emas bergerak seperti cermin berbanding dolar dan sering mengikuti sentimen ‘kebimbangan’,” tulis Scott Wren, ketua strategi ekuiti global di Institut Pelaburan Wells Fargo dalam notanya.

Walau bagaimanapuna, keuntungan emas terhalang selepas kerajaan Catalan di bawah pimpinan Carles Puigdemont terpaksa menangguhkan pengumuman kemerdekaan mereka, mengurangkan ketidaktentuan geopolitk di zon Eropah.

“Kami bercadang untuk tangguhkan pengumumaman kemerdekaan supaya kita boleh dapat melaksanakan apa yang diputuskan melalui referendum. Hari ini akan memikul tanggungjawab untuk membuat sebarang rundinga,” ucap presiden Catalan di parlimen Sepanyol.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. US dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat