Laporan Minyak Mentah AS Lonjakkan Semula USD/CAD 130 Pips!

360

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD kembali melonjak lebih tinggi berbanding penurunan 80 pips yang ditunjukkan pada Selasa sehingga mencecah ke paras support 1.32100.

Lonjakan harga mencatatkan peningkatan sehingga 130 pips kenaikan melepasi paras ketinggian 1.33300 berikutan faktor penurunan harga minyak mentah yang memberi kesan terhadap dagangan dolar Kanada.

Pasaran minyak merosot berikutan data ekonomi yang lemah mempengaruhi unjuran permintaan minyak dengan dijejaskan lagi oleh peningkatan yang lebih tinggi mengatasi jangkaan pada inventori minyak mentah Amerika Syarikat yang diramalkan merosot.

Laporan mingguan inventori minyak mentah AS yang diterbitkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) mencatatkan peningkatan 3.1 juta tong lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan 2.0 juta tong.

Kenaikan harga yang berlaku pada carta USD/CAD semalam telah melepasi paras resistance pada 1.32800 dan juga 1.33000 yang diuji pada dagangan September sebelum ini.

Harga yang membuat kenaikan dilihat hampir menyentuh paras tumpuan pada 1.33400 dan jika paras tersebut berjaya ditembusi, destinasi tumpuan harga seterusnya dijangka di paras sekitar 1.33800, iaitu paras tertinggi untuk tempoh tiga bulan.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras-paras resistance yang berjaya ditembusi semalam bakal diuji semula.

Pasaran akan memberi tumpuan pula pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam esok untuk dagangan USD sementara bagi dagangan CAD, data imbangan dagangan yang diterbitkan bersama laporan NFP malam esok akan turut diberi perhatian.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat