Laporan Pekerjaan Australia Gagal Lonjakkan AUD/USD

322

Mata wang komoditi dolar Australia dilihat masih didagangkan suram dalam pasaran berikutan pelabur masih berwaspada terhadap sentimen bercampur pasaran di antara perkembangan vaksin serta peningkatan kes jangkitan Coronavirus.

Sesi Asia pada Khamis memberi tumpuan pada data pekerjaan Australia yang diterbitkan untuk bulan Oktober.

Pertambahan pekerjaan meningkat sehingga 178,800 pekerjaan memberikan gambaran positif sektor buruh walaupun pasaran menjangkakan ekonomi akan kehilangan pekerjaan sekitar 26,700.

Kadar pengangguran pula sedikit meningkat ke paras 7.0% berbanding 6.9% sebelum ini, namun lebih rendah berbanding jangkaan untuk meningkat kepada 7.1%.

Walau bagaimanapun, pasaran dilihat tidak begitu memberi reaksi terhadap laporan pekerjaan tersebut dengan pergerakan dolar Aussie masih perlahan di sesi Asia.

Pada carta harga pasangan AUD/USD, harga telah menunjukkan penurunan pada penghujung sesi New York selepas harga gagal mencapai kenaikan ke paras ketinggian hari sebelumnya.

Selepas menutup dagangan sekitar paras 0.73000, harga terus menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia ke paras lebih rendah.

Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam turut memberi petunjuk awal kepada pelabur untuk kemungkinan penurunan lebih lanjut harga akan berlaku.

Penurunan lebih rendah bakal dijangka menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 0.72200 sebelum ke zon RBS seterusnya pada 0.71800.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, paras tumpuan harga dilihat pada zon resistance 0.73400 yang telah diuji sejak minggu lalu dan juga sebelumnya.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan menuju paras ketinggian sekitar 0.74000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat