Laporan Pekerjaan Australia Positif, AUD/USD Kembali Melonjak Pada Sesi Asia

177

Berbanding pergerakan harga yang mendatar semalam, dagangan dolar Australia kembali mempamerkan pengukuhan apabila mencatatkan lonjakan pada sesi Asia hari ini susulan penerbitan laporan data pekerjaan Australia.

Ekonomi Australia mencatat pertambahan 39,900 pekerjaan pada bulan November lebih tinggi berbanding jangkaan peningkatan sekitar 14,500. Pertambahan mengejutkan tersebut memberi impak positif terhadap dolar Aussie selepas bacaan tersebut merosot pada bulan sebelumnya.

Selain itu, kadar pengangguran Australia juga telah menurun kepada 5.2% berbanding jangkaan kekal pada 5.3% seperti bulan sebelum ini.

Susulan laporan diterbitkan, dolar Aussie mengukuh berbanding US dolar dengan kenaikan melebihi 30 pips pada carta harga AUD/USD sejak awal sesi Asia bermula hari ini.

Kenaikan harga telah melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) sehingga ke paras ketinggian 0.68800 memasuki awal dagangan sesi Eropah.

Seperti matawang komoditi yang lain, Aussie turut mengambil kesempatan di atas penyusutan US dolar berikutan faktor isu pemecatan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Jika perkara tersebut benar-benar terjadi, Donald Trump bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat ketiga yang akan dipecat sepanjang sejarah kepimpinan.

Dagangan AUD/USD bakal meneruskan kenaikan menuju paras ketinggian mingguan hampir ke paras 0.69000 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya dilihat akan kembali menguji zon resistance harga sekitar 0.69300 yang dicapai pada dagangan minggu lalu.

Sebaliknya jika harga kembali meneruskan penurunan semula, harga bakal bergerak lebih rendah semula dari garisan sokongan MA50 sebelum menguji paras terendah mingguan pada 0.68400.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menuju zon-zon tumpuan harga pada dagangan sebelum ini di sekitar 0.68200 atau lebih rendah lagi pada zon support 0.68000.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat