Laporan Pekerjaan NFP Amerika Syarikat Sejajar Dengan Sasaran,USD Masih Tertekan!

717

Laporan pada hari ini menunjukkan tidak banyak peluang pekerjaan yang dicipta pada bulan Julai jika dibandingkan bulan sebelumnya, walaubagaimanapun kadar pengganguran kekal stabil dan upah inflasi tahunan sedikit meningkat berdasarkan data yang dikeluarkan.

Data pekerjaan NFP Amerika Syarikat mencatat pertambahan sebanyak 164,000 pekerjaan pada bulan Julai sejajar dengan jangkaan. Namun kadar pengganguran tidak berubah pada kadar 3.7% yang juga sejajar dengan jangkaan.

Inflasi upah bertumbuh sebanyak 3.2% pada kadar tahun. Bacaan ini melebihi jangkaan yang mensasarkan pertumbuhan sebanyak 3.1%.

Berdasarkan data terkini dan lepas, pertumbuhan pekerjaan semakin perlahan dalam pasaran buruh AS namun masih menghampiri kadar tenaga penuh. Pertumbuhan yang perlahan adalah disebabkan kekurangan pekerja yang memiliki kemahiran yang sesuai untuk sesuatu pekerjaan dan permintaan pekerjaan yang lemah.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan lemah pada paras 97.98, jatuh 0.17% setakat jam 09.40 p.m.

Pelabur kini berhadapan risiko dalam pasaran berikutan pengumuman terbaru Donald Trump untuk mengenakan tarif terbaru terhadap China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat