Laporan Pekerjaan NFP AS Jadi Tumpuan Utama Pasaran Hari Ini

558

Sentimen pasaran pada penghujung sesi dagangan minggu ini dilihat masih positif dengan laporan Amerika Syarikat dan China bakal meneruskan kembali rundingan dagangan pada awal Oktober nanti susulan perbualan dalam talian telefon di antara wakil rundingan dari kedua-dua buah negara tersebut.

Dengan sentimen pasaran yang semakin baik, dagangan berpulangan tinggi mengekalkan momentum pengukuhan harga sementara  dagangan safe-haven pula sebaliknya mencatatkan penurunan.

Dolar Australia dan New Zealand antara yang memanfaatkan kelebihan sentimen semasa sementara Yen Jepun serta dagangan emas diniagakan lemah.

Beralih perkembangan di Britain, Pound Sterling kekal menyerlah sehingga penghujung minggu dengan pengukuhan berbanding pasangan matawang utama yang lain berikutan kebarangkalian untuk situasi no-deal Brexit untuk berlaku semakin rendah.

Parlimen UK yang semakin kesuntukan masa meneruskan usaha untuk menghalang Brexit tanpa perjanjian dan inginkan penangguhan untuk 3 bulan lagi selain menolak cadangan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk pilihan raya diadakan.

Turut dilaporkan Jo Johnson, iaitu adik kepada PM Johnson telah meletak jawatan dari kerajaan dan parlimen dengan alasan keretakan terhadap hubungan kekeluargaan dan faktor kepentingan negara.

Matawang dolar Amerika Syarikat (AS) kembali mencatatkan kenaikan pada sesi New York semalam selepas disokong oleh bacaan data ekonomi yang baik.

Data PMI bukan-pembuatan tinjauan ISM di Amerika Syarikat mencatatkan kenaikan bagi bacaan Ogos 2019, kembali melonjak dari paras terendah 3 tahun yang dicatatkan pada bulan sebelumnya dan turut berjaya mengatasi jangkaan kenaikan oleh pasaran.

Bacaan data laporan pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat yang mengukur pertambahan pekerjaan untuk sektor swasta juga turut melonjak, memberikan isyarat yang positif untuk laporan pekerjaan NFP pada malam ini.

Namun data inventori minyak mentah AS masih kekal lemah dengan catatan angka penurunan untuk 3 minggu berturut-turut dan menjadi faktor pendorong kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran.

Pergerakan pasaran pada hari ini dijangka perlahan dengan pelabur yang lebih berwaspada menantikan keputusan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang akan diterbitkan bersama laporan data pekerjaan di Kanada pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat