Lebih 1 Juta Pelabur Shiba Inu (SHIB)! Tuah Atau Jerat?

3,770

Shiba Inu (SHIB) rasminya telah memiliki lebih sejuta pelabur!

Ketika khabar ini mengujakan komunitinya, SHIB masih didagangkan di bawah 50% dari paras tertingginya sepanjang masa (ATH), $0.00008845 pada 28 Oktober 2021.

Harga SHIB juga tidak menunjukkan apa-apa perkembangan yang mengujakan. Ia didagangkan pada $0.00004130, susut lebih 3% dalam 24 jam.

Ketika penulisan, pelabur SHIB telah meningkat 0.057% kepada angka 1,002,739 daripada 1,002,021.

Pelabur pertama yang memiliki SHIB terbanyak mempunyai lebih 410 trilion SHIB bernilai $17.2 trilion, mewakili lebih 41% daripada bekalan keseluruhan SHIB dalam kitaran.

Selain itu, beberapa babak penting telah berlaku berkaitan SHIB:

  • Bitfinex Derivatives telah senaraikan SHIB/USDT sebagai kontrak kekal untuk didagangkan bermula 23 November.
  • Bursa kripto Korea Selatan, Korbit telah menerima SHIB dan perdagangan aset itu bermula pada 25 November, jam 11 pagi waktu Malaysia.

Prestasi SHIB dikatakan satu perkembangan yang positif.

Bagaimanapun, masih ada yang skeptikal dengan potensinya sebagai koin meme. Manakan tidak, koin meme hanya sekadar koin spekulatif yang lonjakan harganya didorong oleh hype orang ramai.

Ramai juga pelabur lain selain SHIB memperlekehkan komuniti ini: “Biarkan mereka berjual beli sesama mereka.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat