Lebih 12 Syarikat China Henti Pengeluaran Sebab Covid-19!

344

China mengambil langkah pantas untuk memerangi penularan terbaharu wabak Covid-19, dengan menggantung pengeluaran di lebih sedozen syarikatnya di wilayah Zhejiang.

Tindakan ini dibuat menyusuli peningkatan kes Covid-19 yang dicatatkan di Zhejiang, di mana sebanyak 173 kes jangkitan tempatan telah direkodkan dalam tempoh satu minggu yang berakhir pada 12 Disember.

Ini secara tidak langsung mencetuskan kluster penularan tempatan pertama tahun ini. Pada bulan Oktober, wilayah tersebut hanya mencatat satu kes tempatan.

Antara syarikat yang mengumumkan penggantungan pengeluaran pada hujung minggu, termasuk Ningbo Homelink Eco-Itech Co Ltd, Zhejiang Zhongxin Fluoride Materials Co Ltd, Zhejiang Jingsheng Mechanical & Electrical Co Ltd dan Zhejiang Fenglong Electric Co Ltd.

Firma pembuat produk plastik, Ningbo Homelink memberitahu bahawa ia terpaksa menghentikan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pihak berkuasa tempatan dan sedang mengambil langkah untuk meminimumkan kesan negatif terhadap perniagaannya.

Sementara pembangun peralatan sistem pengudaraan China, Zhejiang Jindun Fans Co, mengatakan pengeluaran oleh anak syarikatnya di bandar Shaoxing telah digantung kerana langkah kerajaan tempatan.

Syarikat itu memberitahu akan ada sedikit kelewatan dalam penghantaran produk dan menjejaskan perniagaan pada bulan ini. Namun, kesan terhadap hasil pendapatan tahunan tahun ini adalah terhad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat