Lebih Besar Ruang Untuk Lonjakan Komoditi Emas & Minyak Mentah

2,284

Penyusutan US dolar susulan keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi membuka lebih besar ruang untuk peningkatan dagangan komoditi dalam pasaran khususnya buat emas dan minyak mentah.

Emas telah mencatatkan lonjakan ke paras $1,900 setakat dagangan sesi Asia pagi ini selepas mempamerkan pergerakan mendatar di awal minggu.

Sebelum ini, pengukuhan US dolar yang ketara telah mengurangkan tarikan terhadap aset safe-haven emas oleh pelabur.

Dengan penyusutan semula US dolar ini telah mendorong harga emas mula memberi petunjuk positif kepada pelabur emas untuk peningkatan nilai logam kuning tersebut.

Sementara harga minyak mentah pula sebelum ini sudah pun memberikan isyarat positif kenaikan harga ekoran tekanan bekalan dalam pasaran.

Pada Rabu semalam, harga minyak telah meningkat ke paras $5 setong berikutan Kesatuan Eropah (EU) telah mendedahkan rancangan untuk mengurangkan import minyak Rusia yang mendorong kebimbangan terhadap bekalan.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen telah mengemukakan rancangan sekatan minyak Rusia selain sekatan ke atas bank-bank utama Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat